NADI - NURTURE: Dilea Webinar Bijak Berbicara Siri 1

26 April 2026 | Aktiviti Terkini

25 April 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, seramai 3 peserta telah mengikuti Dilea Webinar Bijak Berbicara Siri 1. Kelas berlangsung jam 3.30 petang.

Webinar Bijak Berbicara Siri 1 merupakan program yang memberi pendedahan kepada peserta tentang kemahiran komunikasi yang berkesan. Dalam sesi ini, peserta belajar cara menyampaikan idea dengan jelas, penggunaan bahasa yang sesuai, teknik bercakap dengan yakin serta cara mengawal nada suara dan bahasa badan. Webinar ini membantu meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi di hadapan orang ramai atau dalam situasi harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali